UlangTahun Kelahiranku yang ke-34
![]()
Hari ini 19 Ogos, aku menyambut kelahiran yang ke-34 tahun. Aku berharap, apa yang aku impikan untuk tahun ini akan tercapai. Seronok juga menyambut ulangtahun kelahiran pada usia semuda aku ni..
Ada ke di antara anda yang lahir satu hari dengan aku atau satu bulan dengan aku atau satu tahun dengan aku? Sebenarnya aku tak ada idea nak menulis tentang sambutan kelahiran aku ini. Nak diceritakan terasa segan kat ngko orang semua
. Kalau ngko orang ada cerita best tentang birthday ngko orang, boleh story2 kat sini.
Cerita aku ringkas aje. Lepas maghrib, orang rumah aku pergi ambil kek yang dah ditempah kat kedai.Bawak balik rumah, kemudian anak2 panggil aku suruh potong kek. Depa semua nyanyi kat aku kemudian aku pun potong kek tu..bagi kat anak2, bagi kat anak mak mertua..heheh, bagi kat bibik aku, bakinya untuk aku. Sekian.
Sempena ulangtahun kelahiran, aku nak kongsi sedikit rahsia ngan ngko orang.
Rahsia bulan kelahiran ( bulan Ogos )menurut kajian 25 tahun Dr.Fadzillah Khamsah.Takder lah gempak rahsia ni, ngko orang pun tahu tentang benda ni kan!!.
- Suka Berlawak
- Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
- Berani dan tidak tahu takut
- Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan
- Pandai memujuk orang lain
- Terlalu pemurah & bersikap ego
- Nilai harga diri yang sangat tinggi
- Dahagakan pujian
- Semangat juang yang sangat luar biasa
- Cepat marah & mudah mengamuk
- Mudah marah apabila cakapnya dilawan
- Sangat cemburu
- Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
- Cepat berfikir
- Fikiran yang berdikari
- Suka memimpin dan dipimpin
- Sifat suka berangan
- Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat
- Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
- Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit
- Belajar untuk bertenang
- Sikap kelam kabut
- Romantik, pengasih dan penyayang
- Suka mencari kawan
Sejauh mana kebenaran kajian ini, saya tak pasti. Apa pun pasti ada yang terkena batang hicung sendiri.
Jumpa untuk topik seterusnya
Afzai Afandi














Selamat Hari Lahir Afzai Afandi. Moga di panjangkan Umur & Dimurahkan Rezeki. Anak saya yang sulong pun baru genap 1 tahun pada 16.08.07 yang lalu.
Selamat Ulangtahun ke-34 AA, semoga diberkati hidup ini untuk kebahagiaan hakiki di akhirat kelak.
Tahniah. Selamat sambut birthday yg ke-34. Tua dah dia nih. Apa-apapun. Semogra berjaya hendaknya sampai bila-bila.
Ps: Nice blog and info.
Maizul : Terima kasih.Maybe ko punya anak berpesonaliti sama cam aku
Abooain : Terima kasih. Ko punya birthday bile ekk??
Titan : Terima kasih datang ke sini dan terima kasih juga kerana sudi tinggalkan sepatah dua kata kat aku. Ko kata aku tua..hehehe
Salah kot tarikh lahir tu???
cuba cek balik tarikh lahir dalam bulan islam
Allah selamatkan kamu (2x)
Allah selamatkan afzai afandi (sekeluarga)
Allah selamatkan kamu…..
selamat hari lahir yang ke-34…. semoga murah rezki dan panjang umur (untuk beribadat)
p/s: hari jadi saya pulak esok, ha ha, kita seLeo lah ye, hu hu….
Hamid : yer ker? nanti sy cuba cek
Musnazdotnet : Terima atas atas nyanyian ngko tu dan terima kasih juga atas doa tu..Waa..kita seLEO rupanya. Maybe banyak persamaan antara ngko dan aku.
Maaf lambat ucapkan Selamat Hari Lahir…Nampaknya ko dah satu tahun tua dari aku…Wakakaka
Aku lahir bulan Mei..Apa rahsianya ek?
Fahmi : satu tahun ker 10 tahun wakakaa
Ni rahsia bulan Mei…
* Keras hati & tegas.
* Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
* Pemikiran yang tajam.
* Mudah marah apabila tidak dikawal.
* Pandai menarik hati & perhatian orang lain .
* Perasaan yang amat mendalam.
* Cantik dari segi mental & fizikal.
* Tidak perlu dimotivasikan.
* Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
* Mudah dipujuk.
* Bersikap sistematik (otak kiri).
* Suka berangan.
* Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
* Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
* Daya khayalan yang tinggi.
* Permikiran yang tajam.
* Pandai berdebat.
* Fizikal yang baik.
* Kelemahan sistem pernafasan.
* Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
* Tidak berapa suka duduk di rumah.
* Tidak boleh duduk diam.
* Tidak punya ramai anak.
* Rajin dan bersemangat tinggi.
* Agak boros
Afzai, sori ucapan nie terlambat sikit, slmt hari lahir yg ke 34, oo..dah 34 umur mike erk, kira muda lagi tu, semoga pnjang umur dn murah rezeki dan semoga tercapai apa yg di cita2kan hendaknya..aminnn..
Terima kasih Amir…..Aaaaamin
selamat menyambut ulang tahun kelahiran cik afzai!
semoga perjalanan hidup kau bersama keluarga dipermudahkan, dikurniakan rezeki yang murah dan dilindungi serta dirahmati.
megat’s last blog post..E-Kamus, Efektif Dan Berkesan
Ye kerr.. baru lahir hari ni? ruper itu teman kena ucapkan pada miker “Allah selamatkan kamu…3x, (nyanyi maca dalam filem Labu-Labi)…. “Allah selamatkan cikgu Afzai…, Allah selamatkan kamu”.