Mencari Sinar Siti Khadijah
Minggu ini, tak berkesempatan untuk menulis tentang topik perniagaan internet . Sibuk dengan urusan dunia
. Semalam, aku ada bincang satu projek ngan bakal pelanggan aku.Projek berkaitan landskap atau seni taman. kalau projek tu jadi, nanti aku publishkan kat sini.
Apa yang aku paparkan ini sedikit sebanyak aku adaptasi daripada Mingguan Wanita yang secara tidak sengaja aku terbaca. Namun pada aku majalah ini bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita malah ianya juga elok dibaca oleh kaum bapa. Entry kali ini ada kaitan dengan wanita.Wanita yang sememangnya dari awal kewujudan oleh Allah ke muka bumi ini tak lain tak bukan, sebagai peneman seorang lelaki yang bernama Adam.
Kerana itu, lelaki biasanya sukar menjalani penghidupan tanpa wanita di sisi. Rasulullah sendiri berasa sangat tenteram jiwa tatkala berada dekat dengan isterinya Siti Khadijah dan sememangnya Siti Khadijah ialah isteri yang paling disayangi oleh Rasulullah.
Persoalan untuk wanita
Mampukah anda menjadi
Siti NxxxxxxxSiti Khadijah di sisi suami anda?
Mungkin sukar untuk kita lakukan apatah lagi pada zaman sekarang, zaman yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Namun begitu, seandainya tidak mampu menjadi sebaik Siti Khadijah, sekadar menjadi bayang-bayang Siti Khadijah sudah cukup untuk kita.
Menjadi seorang isteri yang taat, menyenangkan hati suami dan membantu jiwa suami agar tenang ketika dalam kesusahan adalah impian setiap wanita. Sehingga kini rasanya masih ramai isteri yang mempunyai ciri-ciri ini termasuklah isteri saya…(bukan pujian biasa, pujian bermakna ni) Namun begitu, tidak dinafikan ada isteri di luar sana yang punyai ciri2 harimau bintang ketika berada di rumah. Apapun faktor si isteri menjadi harimau bintang ketika di rumah juga perlu dikaji, perlu dicari puncanya. Walaupun ada yang sememangnya semula jadi garang tetapi ramai yang berubah karakter kerana sikap suami itu sendiri. Faktor kurang memberi perhatian, kurang berwibawa, kurang prihatin pada perasaan isteri sehinggakan isteri terasa terabai dan akhirnya menjadi cepat melenting.
Jadi pamerlah kasih sayang dan ketaatan secara dua hala agar rumah tangga senantiasa bahagia..
Ingatlah, kerana wanita seorang lelaki berjaya dan kerana wanita jualah seorang lelaki tersungkur.
Isteri memang wajib mentaati dan setia kepada suami tetapi suami pula haruslah membalas kesetiaan itu dan berikan kasih sayang serta tidak berhajat mencari mencari yang lain tanpa ada sebab yang munasabah. InsyaALLAH, jika ada persefahaman, pelbagai halangan dan dugaan pasti dapat kita atasi….Amin.
Salam hormat,
Afzai Afandi














terima kasih atas pujian yang bermakna tu…
Paragraph ni rasanya perlu diambil perhatian oleh semua suami.
“Apapun faktor si isteri menjadi harimau bintang ketika di rumah juga perlu dikaji, perlu dicari puncanya. Walaupun ada yang sememangnya semula jadi garang tetapi ramai yang berubah karakter kerana sikap suami itu sendiri. Faktor kurang memberi perhatian, kurang berwibawa, kurang prihatin pada perasaan isteri sehinggakan isteri terasa terabai dan akhirnya menjadi cepat melenting.”
Er… Siti XXXX tu macam kenal je
“Lelaki yang baik dapat isteri yang baik”
Maizul – betul tu lelaki baik untuk isteri yang baik, kekadang datang juga dugaan lelaki baik dapat isteri yg kurang ketaatannya.Aapapun bersyukur dengan isteri yang ada
Laila cam seronok jer dengan ayat2 tu…
so, korang rasa, betul ke isteri ni dari satu tulang rusuk suami? hu hu
masa blm kahwin (masa bercintalah tu)…kadang-kadang kita pun tak tahu sangat nilai yang ada pada pasangan kita. Tapi bila dah kahwin mungkin kita boleh nilai sama ada isteri kita itu yang baik atau terbaik..
Memang benar kita kena kaji setiap apa yang berlaku di dalam keluarga kita. Sama ada perkara itu yang baik atau yang kurang baik. Jangan cepat mengambil kesimpulan yang melulu.
Berfikirlah secara bijak.
wuwuwuwu…aku belum kawen lagi…alah emak, kahwinkan aku.
musnaz: betul tu.dek kerana wanita dicipta daripada tulung rusuk lelaki, oleh sebab itulah kaum wanita ini perlu dilindungi buknnya dikhianati.
Mustahing : terima kasih atas komen pertama sdr di sini. memang, kita perlu bertindak mengikut aqal yg waras dan jgn sesekali membiarkan nafsu menjadi tuhan..kawal amarah dan sentiasa bersikap pemaaf.Allah sayang, isteri pun sayang
Fahmi…aiks, calon dah ada, duit pun dah ada, orang tua pun dan suka, tunggu apa lagi…hantarlah kad undangan untuk saya
ehmmm,saya teringat dengan janji Allah dalam Al-Quran yang mengatakan ” lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, lelaki jahat untuk perempuan yang jahat.”
selalunya, jodoh yang telah ditetapkan adalah bersesuaian dengan kita.
“Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (Suami Isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir” – Surah Ar-Ruum 21
Jika kita inginkan seorang isteri sebaik Saidatina Fatimah r.a maka kita hendaklah sebaik Saidina Ali r.a. Insya-Allah barokah rumahtangga kita.
Fahmi, kahwinlah ………
Apabila berkahwin seorang lelaki dan perempuan, maka itulah jodoh dan pasangan yg terbaik dan sesuai yg Allah dah tetapkan. Jadi terpulanglah pada pasangan itu untuk meneruskan kehidupan mereka. Selagi mana tidak tergelincir dari landasan syariat islam InsyaAllah mereka akan bahagia dunia dan akhirat.. Wallahua’lam..
Abooain & Amir : Ni dikira taraf ustaz dah ni.Bagus2.Semoga sedara, saya dan juga yg lain sentiasa bahagia fiddunia wal aakhirat.
Mana tak mcam ustaz nye, orang rmh teman tu ustazah, jd bau2 dan tempias2 ustaz tu dapat le sikit keh keh keh.. bak kata pepatah arab “kalau kita tak mampu nak beli minyak wangi, kita kenalah berkawan dengan saudagar minyak wangi, semoga bau minyak wangi tu lekatttlah kat badan kita”.. apa pun diharap semoga kita semua sentiasa bahagia didunia mahupun akhirat..
OOO yer ker??Beruntung dpt isteri ustazah, leh belajo banyak ilmu akhirat..
Begitulah hendaknya, teman bersyukur pd Allah kerana dipertemukan jodoh dengan wife teman tu..
askum. 1st time msk blog ni. baik utk pengetahuan.
assalamualaikum.. sume
syukur benor baca coretan adik-adik sume. Insyaallah kalu deme nak bini ke laki ke yang soleh ke solehah deme kene lah jadi baik. Ye tak? Tapi ape-ape pun kalau Allah dah jodohkan deme dengan sesape pun terimalah dengan ikhlas dan redho.Yang penting kale deme sedih ngan pasangan deme, banyakkanlah solat malam, baca Al-Quran ,yakin akan Allah, Insyaallah bahagia. Kalau deme kecewa cikit-cikit tu just forget it. Ye Tak?. Kite idak le pandai sangat. Tapi setakat ni itu le petuanya. Tak yah ngadu ngan sape-sape.Buat susah je .Silap haribulan berantakkan…Maka lebih baik ngadu ngan Sang Pencipta.Hati jadi tenang. Suami isteri jadi sayang.Kalau tak caye cube lah….