Home » Ebook, Muat Turun

Mengeluarkan Wang dari Akaun Paypal

Written By: AfzaiAfandi on July 15, 2007 23 Comments

Bertemu kembali

Pada hari Khamis lepas, saya telah menghantar satu borang permohonan untuk membuka akaun bank di US.Mungkin bagi anda yang masih baru dalam bidang internet ini akan tertanya-tanya untuk apakah membuka akaun bank di US? Sebenarnya, bagi anda yang memiliki akaun Paypal adalah amat penting untuk memiliki akaun bank di US supaya anda dapat transfer wang anda dari akaun Paypal ke akaun bank di US.Perkara ini timbul kerana Paypal tidak menerima sebarang urusniaga dengan bank di Malaysia. Jadi inilah alternatif terbaik untuk anda mengeluarkan wang dari Paypal anda.

Selain membuka akaun di US, anda juga boleh membuka akaun di Singapura kerana Paypal menerima akaun bank di Singapura.Maaf,saya tidak bercadang untuk bercerita tentang bagaimana membuka akaun di Singapura tetapi saya akan berkongsi dengan anda panduan membuka akaun bank di US. Sebenarnya ilmu yang saya ketahui ini, saya peroleh daripada saudara Khairul Azmi.Beliau telah menulis Ebook Panduan Membuka Akaun di US dan ebook ini adalah percuma.Ya, percuma! Saya respect dengan saudara Khairul Azmi kerana sanggup tidak mengenakan bayaran walaupun beliau bersengkang mata menghasilkan ebook ini walhal sesetengah internet marketing mengenakan bayaran.

Jika dilihat pada cover ebook ini tidaklah menarik sangat tetapi isi kandungan ebook ini cukup lengkap dan sewajarnya untuk ebook seperti ini dijual antara harga RM50 – RM 100.Ini cuma pandangan peribadi saya pada ebook ini dan saya tiada apa-apa kaitan dengan penulis ebook ini.

Baiklah secara ringkasnya, didalam buku ini ada menerangkan salah satu cara untuk membuka akaun Bank US terutamanya bagi Rakyat Malaysia yang mempuyai akaun Paypal. Selain itu,juga ada diterangkan cara bagaimana hendak intergrasi akaun bank US ini dengan Paypal bagi mengeluarkan wang. Penulis ebook ini juga ada menerangkan cara  bagaiman kita hendak menunaikan cek google kedalam akaun Bank US.

Sekiranya permohonan saya berjaya nanti, akan saya paparkan di sini sebagai bukti.

Untuk makluman semua,ini adalah buku panduan sahaja.Borang permohonan asal serta contohnya hanya buleh di muaturun di ruang download di laman online bisnes.

Selamat Membaca dan Selamat Mencuba

Afzai Afandi 

Jika anda enjoy dengan post ini, pastikan berdaftar dengan RSS feed saya!

Big Teddy Bear 2u - Hadiahkan Seseorang Sesuatu Yang Luar Biasa Disini

Artikel Lain yang Menarik

Pelajari Teknik Advance Menjadi:

rempitebayebook.com Expert Ebay Seller | Kuasa Forex.com Analisis Pasaran Terkini

23 Responses to “Mengeluarkan Wang dari Akaun Paypal”

  1. ForumeR says on: 8 August 2007 at 10:54 am

    Salaam. Terima kasih atas info yang amat bagus ini, menarik!!! :)

  2. AfzaiAfandi says on: 8 August 2007 at 2:02 pm

    Forumer : Terima kasih kerana sudi membuat komen pada blog saya ni. Tak rugi kalau berkongsi maklumat.Dapat lebih ramai kawan.. :)
    Janganlah serik datang ke sini lagi yer.

    P.S : Permohonan saya telah diterima dan pada minggu lepas sy ada terima panggilan dari Hong Kong. tapi yang sedihnya, pihak bank tersebut telah tidak mengeluarkan Kad Debit..Tapi masih ada alternatif lain.

  3. YT says on: 16 August 2007 at 12:59 am

    Saya guna VMI Debit Card dari US c/w US
    Bank a/c no. Costnya RM100. Proses pengaktifan sungguh mudah, less than 5 minutes.
    It work best with my PayPal and I just withdrew RM500 semalam from Maybank ATM.
    Sesiapa berminat bolehlah contact their local supplier in KL, vmi.mal@gmail.com.

    Good Luck !!!

  4. titan says on: 19 August 2007 at 3:54 am

    VMI? MAsalah untuk VMI, kalau duit dalam paypal tiap2 bulan ada lebih 100usd. Tak apa. Masalah kalau duit dalam paypal kurang dr tu. Maintainance bulanan tu yg sakit kalau VMI atau debit card..

    Setakat ni. Aku cari exhanger aje..:)

  5. aidi07 says on: 12 September 2007 at 5:02 pm

    maafkan saya klu sy bertanya soalan yg tidak kena pada tempatnya….

    tapi sy nk brtanya satu jer….

    macam mana kita nk tau paypal akaun address kiter…..

    misalan klu maybank kiter ader no akaun,so paypal ni…apa no akaun dier?

    sy tak tau nk tgk kt maner no akaun dier…..so mntak tolong ajar skit…..

  6. AfzaiAfandi says on: 13 September 2007 at 12:30 am

    Aidi: Takder hal lah,mana yg sy tahu sy jawab.no akaunnya adalah no email yang ngko letak masa register paypal

  7. aidi07 says on: 13 September 2007 at 2:58 pm

    ooooo….

    rupenyer alamat email yg dijadikan no akaunnyer….

    misalan sy guner almt email aid107@yahoo.com(bukan email sbnr) jd aid107@yahoo.com adlh no akaun sy……

    ermmm…ok…trima kasih AA…..

  8. farahaznil says on: 26 December 2008 at 11:43 pm

    apa beza paypal US dan Singapura??ada perbezaan ke?ke cuma transfer duit lg snang??

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  9. humbleandmodest says on: 26 December 2008 at 11:46 pm

    mata wang kot yg bezakan…
    hohohoh~

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  10. farahaznil says on: 26 December 2008 at 11:51 pm

    hmm..tp klu dah transfer..sama je aku rasa..

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  11. humbleandmodest says on: 26 December 2008 at 11:56 pm

    sama??
    check latest currency…

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  12. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:02 am

    hohhoo..mksd aku..dia punya income la..haizzz

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  13. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:05 am

    balik rumah bukak buku akaun…

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  14. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:09 am

    haizz..sekali lg dia xpaham apa yg aku mksdkan..

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  15. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:11 am

    susah nak paham la…

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  16. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:15 am

    nnt2 la aku trangkan..huhhuu

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  17. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:17 am

    tidak perlu lah aku menunggu…
    kamus dewan di depan mata…
    guru bahasa memegang rotan~

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  18. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:21 am

    hohho..ikut kira2 aku..cg ko dah tua..pegang rotan lg ke?muahahaha..tah2 dah bersara kot..

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  19. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:24 am

    tugas guru bukan apabila sebelum bersara sahaja..

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  20. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:28 am

    mksd ko dgn lebih mendalam???

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  21. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:33 am

    analogi: tugas sebagai pengajar bukan hanya terletak pada tangan guru sahaja.

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

  22. farahaznil says on: 27 December 2008 at 12:34 am

    so terletak kpd siapa lg?

    farahaznil’s last blog post..I Got Cash Money RM400 at Muzium Sultan Alam Shah!!

  23. humbleandmodest says on: 27 December 2008 at 12:40 am

    keadaan sekeliling juga memainkan peranan sebagai guru…

    humbleandmodest’s last blog post..selamat mengHIJRAHkan minda

Leave a Reply:

XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  Copyright © 2009 AfzaiAfandi The Blog: Perkongsian Maklumat Pandangan Peribadi, All rights reserved.| Powered by WordPress